03 Februari 2015

Mana Ohh Mana.

14 Rabiulakhir 1436. 3 Februari 2015 Masihi.

macam mana nak mula balik ni ?
saat blogspot mungkin dah lapuk ditelan twitter dan instagram.
saat aku mula sedar blog yang aku baca tiap tiap malam 5 tahun lepas dah...........
dihapuskan.


ahhhh memori sunnguh nak ingat semua tu.
di sebalik semua ni
masih ada rakan rakan yang setia menulis
sepatah dua coretan
berpuisi
dan seperti biasa.........
meluah perasaan.

takpe.
kita mula balik ya ?
yeah.

04 Jun 2014

Monolog Hujan **1

ku lihat trafik
ku renung hujan
Deruman enjin, henti.

Terisi dengan petrol.
lalu berlalu pergi...

err...hujan.
bila mau henti ?

tersipu aku di sini.
sendiri

30 Disember 2013

Tercurah, ditaip , di olah *sedikit. dari Balada Gadis Kecil.

Kekasih yang aku selalu rindu.

Mungkin jelas sekali bahawa aku adalah seorang yang emosinya takterkawal
Aku cengeng
Selalu bikin kau sakit hati
Selalu buat kau hilang sabar
Selalu curah asid pd hati kau
Tapi itu aku

Jika ada seorang gadis
Yang sanggup utk sayang aku
Yang akan selalu memuji aku
Yang akan selalu bilang aku ini sempurna utknya
Yang akan selalu katakan aku cantik
Yang akan selalu tatap mata aku
Yang akan selalu sudi utk rindu aku
Yang akan sering menangis utk aku
Ya, yang aku mahu hanya satu
Gadis itu adalah kamu.

Aku hanya akan berhenti sayangi kau
Bila kau berhenti sayang aku
Aku hanya akan berhenti rindu kau
Bila kau sudah jemu rindui aku
Aku hanya akan berhenti menangis
Bila kau takendah air mata aku lagi
Aku hanya akan pergi
Bila kau lepaskan tangan aku
Aku akan benhenti cintai kau
Bila kau takmahu hati dan cinta aku lagi

Itu ceritanya KALAU

Jika kau masih sanggup
Untuk terus aku sayangi dan merasa sikit sakit hati
Dengan semua tingkah aku
Jangan pernah lepas tangan aku
Teruskan rangkul aku
Bila aku terjatuh dan tersungkur
Seperti yg kau selalu lakukan itu

Jika kau taksanggup
Untuk terus tahan dgn kelakuanku
Yang rupanya sprti anak kecil
Bisikkan pada aku
Kau takmahu aku
Aku takpantas utk kau
Aku taksempurnakan kau
Ya, aku sendiri bakal melepaskan tgn kau

Tapi tapi tapi
Aku ikhlas sayang
Hati kau dalam poket hati aku
Aku takmahu beri pd kau
Moga saja Tuhan selalu dengar doa kita
Diperkenan
Dilhalalkan.

aku chinta kamu.
Fiqratul Ahda

19 Disember 2013

Hujan.

Turunla hujan.

Bawa pergi semua duka lara ini.
Bawa pergi semua kesempitan ini.
Bawa pergi semua  seteru seteru, musuh musuh dalam selimut.

Yang tak mungkin dapat aku jejaki.
Turun selebatnya.

Ke mari datang angin hujan…yg dingin.

Agar dapat aku sedut segarnya.
Hembus keluar cuci paru paru
Dari asap malapetaka tangan kedua.
Turun la hujan.


Turun selebatnya.

28 Oktober 2013

NIkmati Hidup.

menjelang tahun ke 25.
aku makin selesa,
selesa tak bermaksud aku dah punyai segalanya.
selesa tak bermaksud aku perlu berhenti memerah keringat dan berehat.
selesa tak bermaksud aku kena enjoi parti sampai pagi...

selesa pada aku.
hidup tanpa tekanan.
hidup tak perlu fikir masalah.
hidup tanpa ikatan dengan not not neraka....

ya aku hampir saja.
punyai segalanya.

dengan izin tuhan.
aku akan terus senyum tanpa ada rasa curiga.
aku akan terus senyum dan terus bekerja.
aku akan senyum dan terus usaha...........

demi keluarga
demi sahabat
demi masa depan yang...................  Cerah.

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
sujud syukur pada Mu
atas semua nikmat ini.

aku.
tak layak ke syurga Mu
namun aku tak mahu ke neraka Mu.

18 Oktober 2013

Nota nota neraka.

sekeping.
dua keping.
tiga keping.
beratus keping.

dan bila manusia jadi hamba
pada manusia  atasan
demi kepingan nota.

beralih tangan ke tangan.
bersih suci ke lembah kotor hina
jadi hamba demi nota.

robot robot layu yg hampir kuyu
dikerah dipaksa dijahanamkan.
demi sekeping nota.
untuk sesuap juadah.........

ini kisah nota neraka !
sistem yang manusia sendiri cipta.

20 September 2013

Pembesar Suara.

Minda minta rehat
Jiwa mula terbang
Berangan.
Berangan....


Tapi,
lampu masih terang, tak berkelip.
kipas berputar seligatnya.


Tangan capai bantal.
lalu ku peluk erat
dan kemas.


Mata mula kuyu.
pejam. pejam.
tangan terpisat pisat.
sayup.....

"Abah test speaker ni kejap ye ? "


WARRGGHHHHHHH !

bentak aku dalam hati.





1050 pm, 19 September 2013